March 26, 2010

Jalur Lebar Merubah Hidup Saya 2

Dengan jalur lebar, kita tak perlu untuk menunggu talian internet yang lembab untuk dihubungkan selama ini, tidak perlu lagi menunggu lama untuk memuat turun fail-fail dan lagu-lagu pilihan. Ini boleh mengelakkan kita tua di hadapan komputer.

  slowinternet1

 

Dengan jalur lebar juga kita boleh mengakses internet di mana jua samaada di rumah, di taman, di kafe dan sebagainya. Hanya perlu cucuk modem dan layari laman sesawang pilihan. Kesesakan menggunakan wayar telefon juga dapat dielakkan. Kan begini lebih mudah?

 

ne_04.1

aktiviti melayari internet di taman menggunakan jalur lebar..

February 28, 2010

Satelit Jalur Lebar

Rajah bagaimana kita memperolehi kemudahan internet menggunakan jalur lebar.

broadband_internet

Penyedia Kemudahan Jalur Lebar

Kalau dikira, semua syarikat telekomunikasi telah memberi kemudahan Jalur Lebar ini kepada semua pengguna. Jadi, hanya perlu tepuk dada, tanya selera, pakej mana yang patut dipilih.

 

ne_04_2

February 26, 2010

Pakej Jalur Lebar oleh Streamyx

Ini saya kongsikan pakej jalur lebar oleh Streamyx (Telekom Malaysia Sdn Bhd) . Setakat yang tau, STREAMYX pembekal jalur lebar paling stabil sekarang tapi cuma terhad kalo ada Access Point. Kiranya kalau guna untuk rumah laa.. Untuk yang guna modem macam yang lain memang tak ada lagi..Kecuali kalau kat kedai mamak memang ada Wifi Spot yang sediakan kemudahan internet ni.

Star
Combo

Paling tinggi Speed paling laju dan paling mahal.

Iklan Jalur Lebar

Bila dah faham mengenai Jalur Lebar, saya terus teringatkan iklan di bawah ini. Barulah saya faham apa yang dimaksudkan dalam iklan ini. Kalau tidak saya hanya tahu gelak saja.

 

 

banyak lagi iklan lain…kamu boleh cari sendiri di Youtube :)

February 25, 2010

Jalur Lebar Merubah Hidup Saya

Jalur lebar merubah hidup saya kerana  dengan jalur lebar, saya berjaya memperolehi maklumat dengan mudah dan pantas.  Saya juga berupaya mendapatkan ilmu pengetahuan yang lebih apabila saya menggunakan jalur lebar untuk mencari maklumat berkaitan pelajaran saya.

Dengan jalur lebar, saya juga berjaya mendapatkan maklumat mengenai isu semasa yang berlaku di dalam dan luar negara dengan lebih mudah dan padat. Selain daripada itu, saya juga menggunakan jalur lebar di rumah untuk mengetahui perkembangan dunia hiburan artis kesukaan saya.

Saya juga memperolehi fakta-fakta yang terperinci tentang sesuatu isu yang berlaku di selurug dunia. Dengan adanya kemudahan ini, saya juga menggunakan jalur lebar untuk mendapatkan kisah terperinci mengenai sejarah di Malaysia.

Akhir kata, tanpa jalur lebar, dunia kita tidak akan maju ke hadapan sepertimana negara lain. Semoga kita akan terus menggunakan jalur lebar dengan bijak untuk keharmonian sejagat.

Apa itu Jalur Lebar?

Pengetahuan saya dalam jalur lebar bermula apabila melihat cikgu saya menggunakan sebuah benda untuk dicucuk di komputer riba miliknya yang comel tu. Di bawah ni adalah gambar benda tersebut.

usb stick celcom broadband (1)

Bila saya bertanya, cikgu mengatakan itu ialah broadband. Dengan perasaan ingin tahu yang membuak-membuak, saya terus bertanya itu ini pasal benda tu. Mujur Cikgu sudi menjawabnya.

Dari penerangan cikgu, yang saya faham ialah, BROADBAND ataupun JALUR LEBAR dalam bahasa Malaysia membawa maksud peranti ataupun alat yang digunakan untuk mengakses internet. Broadband juga telah menjadi gaya semua orang untuk menggunakan internet di mana-mana sahaja.

Untuk mendapatkan maksud utama Jalur Lebar, saya telah mencarinya di Google.com.my dan membawa saya ke website Wiki
JL
Dari Wikipedia : Jalur lebar (broadband) adalah medium yang menyambungkan komunikasi berkeupayaan tinggi. Ia berbeza dengan jalur sempit (narrowband); kedua istilah merujuk kepada kelebaran spektrum frekuensi tersedia untuk penggunaan komunikasi. Contoh yang nyata adalah ADSL, di mana 'suara' dan data berkongsi bahagian yang berlainan dalam dawai kuprum ('suara' dikendalikan di bawah frekuensi 3.3 kHz manakala data dikendalikan di atas 138 kHz).

Pemahaman saya, Jalur Lebar membolehkan seseorang itu menggunakan internet dengan mudah dan pantas.

Kenali Saya






Nama : Mohd Aizat Bin Anuarizan 

Umur:13 Tahun.

Tarikh Lahir:11.5.1997

Tempat Lahir:Pekan Pahang

Sekolah: SMK Tengku Abdullah