February 25, 2010

Jalur Lebar Merubah Hidup Saya

Jalur lebar merubah hidup saya kerana  dengan jalur lebar, saya berjaya memperolehi maklumat dengan mudah dan pantas.  Saya juga berupaya mendapatkan ilmu pengetahuan yang lebih apabila saya menggunakan jalur lebar untuk mencari maklumat berkaitan pelajaran saya.

Dengan jalur lebar, saya juga berjaya mendapatkan maklumat mengenai isu semasa yang berlaku di dalam dan luar negara dengan lebih mudah dan padat. Selain daripada itu, saya juga menggunakan jalur lebar di rumah untuk mengetahui perkembangan dunia hiburan artis kesukaan saya.

Saya juga memperolehi fakta-fakta yang terperinci tentang sesuatu isu yang berlaku di selurug dunia. Dengan adanya kemudahan ini, saya juga menggunakan jalur lebar untuk mendapatkan kisah terperinci mengenai sejarah di Malaysia.

Akhir kata, tanpa jalur lebar, dunia kita tidak akan maju ke hadapan sepertimana negara lain. Semoga kita akan terus menggunakan jalur lebar dengan bijak untuk keharmonian sejagat.

1 komen:

pak long said...

salam...
lebarkan la jalur tu....carik lagi fakta kat tenet...banyak lagi boleh hurai...apapun tahniah diucapkan