February 25, 2010

Apa itu Jalur Lebar?

Pengetahuan saya dalam jalur lebar bermula apabila melihat cikgu saya menggunakan sebuah benda untuk dicucuk di komputer riba miliknya yang comel tu. Di bawah ni adalah gambar benda tersebut.

usb stick celcom broadband (1)

Bila saya bertanya, cikgu mengatakan itu ialah broadband. Dengan perasaan ingin tahu yang membuak-membuak, saya terus bertanya itu ini pasal benda tu. Mujur Cikgu sudi menjawabnya.

Dari penerangan cikgu, yang saya faham ialah, BROADBAND ataupun JALUR LEBAR dalam bahasa Malaysia membawa maksud peranti ataupun alat yang digunakan untuk mengakses internet. Broadband juga telah menjadi gaya semua orang untuk menggunakan internet di mana-mana sahaja.

Untuk mendapatkan maksud utama Jalur Lebar, saya telah mencarinya di Google.com.my dan membawa saya ke website Wiki
JL
Dari Wikipedia : Jalur lebar (broadband) adalah medium yang menyambungkan komunikasi berkeupayaan tinggi. Ia berbeza dengan jalur sempit (narrowband); kedua istilah merujuk kepada kelebaran spektrum frekuensi tersedia untuk penggunaan komunikasi. Contoh yang nyata adalah ADSL, di mana 'suara' dan data berkongsi bahagian yang berlainan dalam dawai kuprum ('suara' dikendalikan di bawah frekuensi 3.3 kHz manakala data dikendalikan di atas 138 kHz).

Pemahaman saya, Jalur Lebar membolehkan seseorang itu menggunakan internet dengan mudah dan pantas.

0 komen: